Quantcast
Channel: LYSSA FAIZUREEN
Viewing all 311 articles
Browse latest View live

SLIMMEWHITE | Badan Jadi Kurus dan Bertambah Putih Dengan Hanya Minum Jus SW

$
0
0
Assalamualaikum...

Hai korang semua... Lama betul la Lyssa tak berceloteh kat korang kan. Ni haaa, baru laa berkesempatan nak menaip entri.. hihi ! Oklah korang. Seperti mana yang kita tahu, kebanyakan manusia sekarang ni terkejar-kejar kecantikan kan ? Tak kisah lah, lelaki ataupun perempuan. Dah ramai juga yang makin cantik, kurus, putih gebu semualah.. Tapi, tahu tak korang, ada juga orang yang dah cuba bermacam-macam cara nak cantik, nak kurus, nak putih tapi tak menjadi-jadi kan ? Haaa, entri ni memang sangat sesuai lah untuk korang yang nak kurus sekaligus dapat putih terus satu tubuh badan. Agak-agak apa benda tu ye ?

Ok ni lah, produk yang Lyssa nak syorkan kat korang untuk cuba ni... Apa lagi kalau bukan Produk SlimmeWhite Dwi Kesan Jus Kurus dan Putih.

Apa itu SLIMMEWHITE Jus Kurus + Putih ?



SLIMMEWHITE adalah satu produk istimewa untuk membantu korang dapatkan kulit yang cerah berseri dan badan yang kurus ideal. Ianya dirumuskan khas daripada 9 jenis herba + ejen pemutih dan tumbuhan berkesan untuk menurunkan b.erat badan dan mencerahkan kulit seawal 3 hari. SlimmeWhite dihasilkan dalam bentuk jus dan mudah diminum di mana sahaja tanpa perlu dibancuh. Paling penting, ianya selamat digunakan dan standard penyulingan yang diluluskan oleh KKM

Apa Bahan Yang Terkandung Dalam SLIMMEWHITE (SW) ?


Korang tak perlu risaulah. Semua bahan yang digunakan dijamin selamat ok ! Antara bahan yang terkandung dalam SlimmeWhite ini adalah serbuk jus buah anggur, gula, ekstrak Garcinia Cambogia, ekstrak White Kidney Bean, ekstrak Flaxseed, ekstrak Gymnema Sylvestre, Stevia, ekstrak Teh Hijau, ekstrak Guarana, ekstrak Lidah Buaya (AloeVera) dan ekstrak  Gingko Biloba.


Apa Kelebihan Jus SLIMMEWHITE ?


Kalau korang nak tahu, bagi siapa yang cuba minum jus ni, mereka akan dapat banyak kelebihan tau. Eh, jangan ingat jus ini dapat kurus dan putih je ! Serius, banyak manfaaat kalau korang minum jus SW ni ... Antaranya ialah : 

  • 6x Membakar lemak, membuang toksin dan racun
  • Memutihkan dan melembabkan  kulit
  • Tak perlu bersenam
  • Tiada cirit birit, sembelit dan kesan tidak menyenangkan
  • Sentiasa bertenaga dan sentiasa kenyang
  • 4x Detox
  • Fokus lemak berkumpul : Perut, Lengan, Pinggul dan Dagu
  • Melancarkan peredaran darah 
  • Meningkatkan imunisasi badan
  • Merawat kulit dari jerawat, parut dan luka

Banyak betul kelebihan yang kita dapat dengan hanya minum Jus SlimmeWhite sahaja kan. Korang tak payah dah lah nak bersenam bersusah payah kat luar tu. Betul ! Sekarang memang ramai yang tak de masa nak buat aktiviti bersenam lagi kan. Masing-masing busy dengan kerja. Lepas tu, ada juga yang jenis malas nak membancuh2. Dah mudah habis dah ni... Dengan jus ni, tak payah nak bancuh bagai.. Minum saja jus ini di mana sahaja, dah boleh dapat badan kurus yang ideal, sekaligus terus putih satu badan.



Untuk pengetahuan korang, banyak testimoni berjaya kurus dan putih berseri selepas minum Jus SlimmeWhite ni tau, termasuklah owner atau founder produk ini sendiri. Kalau korang nak tahu, dulu founder produk ni gemuk dan kulitnya sangat kusam. Ianya bermula selepas beliau bersalin anak no.2 secara pembedahan. Badan makin naik. Kulit makin kusam. Dah macam-macam produk dah beliau gunakan, tapi tak berhasil juga. Sampailah satu tahap tu, owner produk ni dapat idea untuk cipta produknya sendiri. Beliau mencubanya ! Memang nampak kesan positif. Bagi kawan-kawan termasuk suaminya sample untuk cuba juga produk ni. Ternyata memang berkesan. Dan akhirnya produk ini mendapat perhatian ramai sebab memang betul-betul berkesan.

Cara Penggunaan Jus SLIMMEWHITE

Cara nak guna mudah saja. 

1. Minum 5ml sebelum sarapan dan sebelum makan malam
2. Ulang setiap hari
3. Kesan seawal 3 hari, banyakkan minum air putih untuk kesan yang cepat :)

**Note : Sebotol 250ml untuk sebulan penggunaan. 

*****************************************

Tidak sesuai bagi golongan :
- Wanita mengandung, berpantang dan menyusukan anak
- Berumur kurang dari 15 tahun
- Pesakit jantung, diabetis dan penyakit kronik
- Migrain (disahkan doktor)


*****************************************

Apa sebab Ibu Menyusukan Anak Tidak Boleh Minum Jus Slimmewhite ?

Haaa.. ini lah antara sebab dia kenapa ibu menyusukan anak tak boleh consume, sebab nak elak kejadian sebegini berlaku :


1) Susu Kering(susu semakin berkurangan)
2) Dehidrate (ini paling bahaya sebab jika baby dehidrate kencing kerap dari biasa boleh akibatkan baby menangis tiada air mata, bibir kering & lemah)
3) Demam & Ruam (sebab panas dalam)
4) Cirit Birit (boleh akibatkan dehidrate)
5) Air susu berubah rasa (rasa herba atau tak sedap)

Takut pulak bila dengar kan ? Ok ! Jadi, apa solusi bagi masalah ini. Korang, ibu-ibu menyusukan anak, boleh cuba dengan produk ini pula yaa...

SW Mummy (Kurus + Putih) and Milkbooster


SW Mummy ini adalah produk yang dirumuskan khas untuk mummy/ibu-ibu yang mahu kurus dan putih dengan selamat selepas bersalin dan menambah susu badan.

Antara bahan yang terkandung dalam SW Mummy ini adalah Kurma, Halba(Fenugreek), Habbatussauda', Lobak, Stevia, Oat Fiber, Garcinia Cambogia, Almond, Raspberry Ketones, Avocado dan juga Chia Seed.

Bagus betul kan sebab ada produk sebegini. So, sekarang korang dah tak perlu nak risau dah badan menaik lepas bersalin. Korang dah boleh dapatkan badan kurus yang ideal serta putih sekaligus dapat menambahkan susu badan dengan mengamalkan Jus SW Mummy ni. hihi. Bijak betul founder nya! :*

Testimoni Lyssa Sendiri Selepas Minum Jus SlimmeWhite (SW)


Hihi. Lyssa pun dah cuba sendiri minum Jus SlimmeWhite ni. Actually, Lyssa tak nak pun kurus. Dah bersyukur sangat dengan berat badan sekarang. hahaha ! Tapi, Lyssa nak jugalah cuba sendiri. Sebab ada orang kata, produk ni memang betul dapat turunkan berat badan. Dalam masa seawal 3 hari. Tapi, betul ke ? Haaa.. Baru-baru ni, dah seminggu dah Lyssa cuba minum jus ni. Arghh !! Memang betul lahh.. Berat Lyssa makin turun. Turun dalam 4kg dalam seminggu. Kahkah ! Kulit pun dah tak kusam macam sebelum ni. Makin cerah dan putih :P And fyi, Lyssa tak kurang makan tau. Tetap juga makan macam biasa. 4 - 5 sehari.. Nasi pun tetap juga makan. Bersenam pun tak, sebab Lyssa sejenis makhluk yang malas nak bersenam. haha ! (*kantoi*). Jadi, memang betullah apa yang diperkatakan ramai orang ek, yang produk ni memang betul-betul berkesan.. Paling best, bila minum Jus SlimmeWhite ni, kita tak rasa nak tercirit pun. Ok je perut. Tak de masalah pun. :D Yang penting kena minum banyak air putih.. Selalu memang Lyssa minum air sebanyak 3 liter sehari. Mungkin sebab tu jugalah cepat je Lyssa terasa kesannya.. hihi ! Lyssa puas hatilah dengan produk nih... Lagi-lagi Lyssa ni student. Selalu sangat letih. Nasib la ada Jus SlimmeWhite ni. Sedikit sebanyak, dapat juga Lyssa tambahkan tenaga yang dah hilang ni.. hee~

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Produk Ini ?


Ok. Siapa yang berminat nak order produk SW ini atau nak tanya sebarang soalan, korang boleh terus ke : 

Hotline/Whatsapp : 03-4065 3553 / 019-290 8273
Instagram : SlimmeWhite_HQ

TerimaKasihSudiBaca...
LIKE JIKA SUKA, SHARE JIKA BERMAKNA !~

AMI Vitamin Skincare | Vitamin Untuk Muka !

$
0
0
Assalamualaikum...

Hi korang semua. Apa khabar ? Lyssa harap semua pembaca blog Lyssa ni sihat-sihat je lah ye. Kalau ada yang tak berapa nak sihat, lepas sahaja dengar satu berita gembira yang Lyssa nak bagitau ni, mesti korang akan sihat serta merta. muehehe. Ada hadiah Lyssa nak bagi kat korang nih.. 5 pembaca terawal je boleh dapat hadiah ni. Kalau nak tahu apa, boleh teruskan membaca sampai habis tau ! Hee~

Tapi, sebelum tu, Lyssa nak tanyalah pada pembaca setia blog Lyssa ni. Korang pernah dengar tak dengan satu produk skincare ni namanya AMI Vitamin Skincare . Apa !? Tak pernah ? Meh sini nak bagitau serba sedikit mengenai produk ni...

Apa itu AMI Vitamin Skincare ?


AMI Vitamin Skincare adalah satu set penjagaan kulit muka yang diperkaya dengan Vitamin C. Kalau nak tahu, kebaikan Vitamin C ni, memang sangat baik untuk kesihatan kulit kita. Selain daripada vitamin C yang pernah korang amalkan sebelum ni dalam bentuk minuman atau makanan, ada juga vitamin C yang telah dijadikan penjagaan dan kecantikan kulit. Salah satunya seperti set AMI Vitamin Skincare inilah. Set penjagaan kulit ini terdiri daripada 3 jenis produk iaitu Cleanser, Serum dan Night Sticky Serum. Masing-masing mempunyai tindak balas yang tersendiri bagi kulit muka kita nanti. Siapa yang ada masalah kulit muka, ataupun kulit muka dah elok, tapi tetap nampak kusam, korang boleh cuba dengan produk ni tau !

Ok. Jujur Lyssa cakap, Lyssa sendiri sendiri pun dah guna set AMI Vitamin Skincare ni. Dan dah jadi one of my favourite skincare setakat ni. Kebetulan pula, baru-baru ni semua set penjagaan muka dah habis. Cleanser dah habis. Serum muka pun dah habis. Saja nak cuba produk ni pulak. Ternyata, YES ! IM LOVE IT !!!



Apa Kelebihan AMI Vitamin Skincare ?


Sebenarnya, banyak kelebihan yang kita boleh dapat jika menggunakan produk AMI Vitamin Skincare ni. Sebabnya, set ini merupakan set 3+1 yang mempunyai 4 bahan yang sangat baik untuk muka.


Agaknya, apalah yan terkandung dalam set ni ek, dan apa juga kelebihan yang kita boleh dapat ? Jom tengok !!

1. Gluthathione
  • Mencerah dan memutihkan
  • Bertindak sebagai anti-penuaan
  • Menjadikan kulit cerah berseri dan glowing
2. Vitamin E
  • Membantu merawat kulit
  • Menyembuhkan parut di wajah
  • Merawat kulit yang rosak
  • Memberi kelembapan pada wajah
3. Astaxanthin
  • Mempunyai antioksidan
  • Perlindungan cahaya matahari secara semulajadi
  • 6000 kali kuat dari vitamin C
4. Plus + Extra Vitamin C
  • Menegangkan kulit wajah
  • Mengurangkan kedutan wajah
  • Mencerahkan
  • Meningkatkan pengeluaran kolagen

*Kecil comel je kan, packaging dia. Senang nak bawa travel!" muehehe:*

Wahh ! Banyak betul manfaat yang akan kita dapat kalau guna AMI Skincare ni kan ? Hee, Lyssa tak tipu tau. Sebab Lyssa pun gunakan produk ni juga. So far. kulit Lyssa makin okay dan tak berapa nak kusam dah ! Paling penting, jerawat muka dah tak tumbuh ! weee~

Set AMI Vitamin Skincare


Jom kita tengok satu persatu produk yang ada :)


Qo-C Cleanser (50gm)


Qo-C Cleanser ini merupakan pencuci muka bagi set ini. Lyssa suka sangat pakai pencuci muka ni sebab bila bilas je dengan air, automatik muka Lyssa jadi lembut, licin dan secara tidak langsung segala whitehead kat muka ni terkeluar habis. Bukan setakat hasilnya saja yang Lyssa suka. Bau cleanser ni pun wangi. Pernah bau syampoo atau sabun baby ? Haa, gitu lah bau pencuci muka ni! hehe.. Tak caya korang kena cuba dulu :D

CARA PENGGUNAAN :
1. Picitkan sedikit cleanser di jari.
2. Perlahan-lahan, urut terus ke bahagian muka. Berhati-hati di bahagian mata.
3. Kemudian, bilas.
4. Untuk hasil yang cepat, gunakan ia 2 kali sehari.

*Inilah tekstur Cleanser AMI Vitamin* :)



Quitty-K Serum (20gm)



Quitty-K Serum ini pula merupakan serum muka yang boleh merawat segala masalah kulit muka kita. Ia juga berfungsi sebagai melembutkan kulit muka dan mengawal lebihan minyak yang tersumbat di liang pori. Haaa, daripada korang beli serum yang asing-asing tu kan, Lyssa syorkan sangat korang guna serum yang sama jenama dengan pencuci mukanya. Lagi cepat nampak kesan dan hasilnya pada muka kita nanti tau. Jimat pun jimat, sebab dalam satu set ni, ada ketiga2 jenis produk yang boleh merawat kulit kita sekaligus dapat menyihatkan kulit sebab produk ni kan dirumus dan diperkayakan dengan vitamin C. Lagi cepatlah ia bertindak ke kulit muka kita kan . :D

CARA PENGGUNAAN :
1. Picitkan sedikit di jari.
2. Calit-calit kan di bahagian muka korang.
3. Kemudian, seratakan terus ke seluruh wajah korang tu.
4. Boleh digunakan pada waktu siang dan malam.

*Inilah tekstur Serum AMI Vitamin* :)



VV-2 Night Sticky Serum (10gm)



VV-2 Night Sticky Serum pula benda apa ? Haa.. Korang mesti tak pernah dengar dengan Night Sticky Serum kan ? Selalu kita dengar perkataan Serum tu kita tahu lah kan. Jadi, apa beza Night Sticky Serum dengan Serum biasa ? Ok. Night serum ini sesuai digunakan pada waktu malam kerana ianya bersifat sticky(melekit) dan tidak perlu dicampur dengan penggunaan produk lain. Walaupun namanya sticky, tapi takde lah melekit sangat sebab ianya cepat je terus meresap masuk ke dalam kulit kita. So, memang mudah juga nak jaga kulit kita pada waktu malam pula kan. Pakai night serum ni, dan terus tidur. Sambil tidur, sambil kulit jadi cantik! hee.. Ianya berkesan menyerikan wajah kulit yang kusam, membaiki struktur kulit dan juga anti-penuaan.

CARA PENGGUNAAN :
1. Calitkan sedikit Night Serum ke muka.
2. Urut secara perlahan ke serata wajah dalam arah bulatan ke atas menggungakan jari.
3. Jauhi dari terkena kawasan mata.

*Inilah tekstur Night Sticky Serum AMI Vitamin* :)


AMI Vitamin Skincare Ada KKM Tak ?


Oh ya! Lupa pula Lyssa nak bagitahu part tu. Korang tak perlu takut untuk guna produk ni tau. Sebab ianya sudah medapat kelulusan sahkan oleh KKM. Jadi, memang selamat digunakan!



Testimoni AMI Vitamin Skincare Daripada Lyssa Sendiri



Sebenarnya, Lyssa baru sahaja seminggu menggunakan produk AMI Vitamin Skincare ni. Mula-mula rasa takut juga lah nak guna. Sebab produk baru kan. Lagipun, baru sangat habis cleanser dan serum dari produk jenama lain. Takut juga nak cuba produk baru. Tapi, Lyssa tetap yakinkan diri untuk cuba. Sebab ramai yang kata produk ni bagus, dan memberi impak yang memberansangkan. Hari pertama, Lyssa cuba pakai cleansernya dulu. Serum dengan Night Sticky Serum, Lyssa hold on dulu. Sebab nak tengok dulu, ok ke tak produk ni. Tu saja test dengan pencuci mukanya dulu. AND !! Selepas dah guna Cleanser tu, muka nampak makin helokkkkk dan lembut. Takde naik biji-biji pun. Alhamdulillah. Boleh la cuba pula pakai kedua-dua serum tu. Bila dah cuba pakai 1 set tu, Lyssa dah nampak perubahan pada kulit Lyssa dah tak berapa nak kusam dah dan ternyata makin cerah! Mula terdetik dalam hati, "OMG! Now, AMI Vitamin Skincare is one of my favourite product !" Tak sia-sia lah Lyssa cuba produk baru ni kan? Dan kenapa korang tak nak cuba sedangkan produk ni dirumuskan dengan Vitamin C dan sangat baik untuk kulit muka kan ? Lyssa dah cuba ! Korang bila lagi ? 

Atau naktunggu Lyssa bagi hadiah ?????



OK OK ! Nak hadiah kan... Korang bernasib baik sebab Lyssa tengah berhati mulia nak bagi korang hadiah ni. Yeah !!

BAUCER UNTUK PEMBACA BLOG LYSSA

Ye. Inilah hadiahnya. Kepada 5 pembaca blog Lyssa yang terawal yang teringin nak mencuba produk AMI Vitamin Skincare, korang berpeluang untuk mendapat baucer bernilai RM40 bagi setiap pembelian produk AMI Vitamin Skincare. Korang boleh redeem baucer hanya menyebut nama Lyssa Faizureen sahaja. Mudah kan ? Nak cepat, terus je whatsapp ke : http://wasap.my/60175499817


REDEEM VOUCHER CODE = "LYSSAFAIZUREEN"


Untuk info lanjut boleh terus ke :



WEBSITE :


#amivitaminskincare #vitaminmukaanda

Kesian Blog Dahku !

$
0
0
Assalamualaikum....

Terasa dah bersawang sangat dah blog dahku ni. Adeii ! Maaf bagi yang tertunggu-tunggu entri dari Lyssa.. (*ceh perasan!macam ada je yang nak baca lagi apa yang kau tuliskan ni Lyssa oii!*) haha. Tak kisah lah. Siapa rasa nak baca, silakan. Siapa tak nak, silalah tekan pangkah laju-laju.. Sebab entri kali ni, tak benda apa pun yang Lyssa nak bagitau. Cuma, nak mengadu je kat pembaca Lyssa semua ni...

Emm.. Blog dah berhabuk. Dah bersawang. Dah lama ditinggalkan. Tapi kenapa ?




Ya ! Sejak akhir-akhir ni, Lyssa memang busy tak tau nak habaq lagu mana dah nihh.. Busy gila lah dengan segala assignment, project, test, quiz, aagrhhhhhhhhh ! Bertambah lagi dengan Final Year Project (FYP1) untuk semester ni. Thats why blog ni Lyssa tinggalkan sekejap untuk beberapa bulan.. Sebab nak fokus pada study. Maaf ye semua ! :(

Ni pun Lyssa dah ada masa balik nak menaip nih. Sebab apa ??! Sebab semua assessment dah SETTLE ! FYP1 pun dah settle present hari jumaat lepas. Segala project pun dah habis pulun present dah minggu ni. So now ! Dah boleh bernafas seperti sediakala dah. Dah hilang dah habis semua segala stresss yang ter'beku' dalam otak ni. LEGAAAAA .....

Cumanya, dalam seminggu ni, Lyssa cuma nak tumpu pada study for final exam pula yang akan berlangsung pada 9 Disember 2017 ni. Yah ! Exam start Sabtu minggu depan. *bertabahlah wahai Lyssa, sesungguhnya kamu diuji atas kemampuanmu sendiri* Huwaaa.. Baru nak bernafas, dah sesak nafas balik .. hahahaha ! Tak putus-putus hidup ni dengan kertas-kertas... Biasalah , hidup as student kan... Kena hadap arrr...

Hari Sabtu tu pula satu hari sampai 2 exam nak kena hadap. Subject "Reuse and Component Based Development"dengan subject "Project Management"..  Nak nangis pulak rasanya bila fikirkan balik.. Sempat kah aku nak study dua benda tu dalam masa seminggu ni .. Ok ! Kalau korang nak tahu, Lyssa punya exam start 9 Dec - 16 Dec... Lepas settle 9 Dec ni, seminggu lepas tu, exam lagi 2 subjek pulak ! Subject "Advance Programming" dengan "Software Testing" ! ermmm...  Ntah lah, sempat ke idokk nak study untuk final exam Sem ni. Macam tak ready lagi jeeee ;[

Tapi, tak apa lah. Selagi ada masa, study je. Mood sampai ke tak sampai ke, kena paksa diri jugak study ! Doakan Lyssa yer..

TerimaKasihSudiBaca~

Biodata RASULULLAH SAW

$
0
0


💓 Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim.

💓 Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

💓 Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
💓 Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
💓 Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
💓 Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
💓 Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
💓 Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

 USIA 5 TAHUN

💓 Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

 USIA 6 TAHUN

💓 Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

 USIA 8 TAHUN

💓 Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

 USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.

💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

 USIA 20 TAHUN

💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

 USIA 35 TAHUN

💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

 USIA 40 TAHUN

💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚Saudah Binti Zam'ah.
💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1.💜 Qasim
2.💜Abdullah
3.💜 Ibrahim
4. 💜Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜Ummi Kalthum
7.💜Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

💙Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
( ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah *
5. Al-Abbas *
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *

* Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.  Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga" (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


 KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

💓Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

💞Aku melihat cahaya dari lidahnya.

💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.

💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

💞Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

💞 Wajahnya seperti bulan purnama.

💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

💞Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.

💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.

💞Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.

💞Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

💞Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.

💞Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

💞Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

💞Rambutnya sedikit ikal.

💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.

💞 Rambutnya terbelah di tengah.

💞Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.

💞Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.

💞Seimbang antara kedua bahunya.

💞Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.

💞Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

💞Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

💞Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

💞Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.

💞Warna putihnya lebih banyak.

💞Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

💞Warna kulitnya putih tapi sihat.

💞Kulitnya putih lagi bercahaya.

💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

💞 Badannya tidak gemuk.

💞Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.

💞 Perutnya tidak buncit.

💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

 KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Sempena Maulidur Rasul ini, marilah sama-sama kita Selawat ke Atas Nabi..

Baca : Jom Selawat
Baca : 30 Keajaiban Selawat ke Atas Nabi


IMANNI SKINZ SET SHY GIRL | Produk Berasaskan Organik Habbatussauda

$
0
0
Assalamualaikum

Hai korang ! Lama betul Lyssa tak bercelotehkan ? wuuu ! Cuaca pun,  2 3 hari ni asyik panas jaa.. Habis muka terbakar jadinya ! hikhik. Lepas tu, cepat pulak tu kulit jadi kering.. huwaa ! Tapi, tak mengapalah. Nasib ada satu produk ni Lyssa dah cuba. Dapat la jugak cover muka yang dah 'burn' ni. hahaha.. Tak tau lah korang pernah dengar ke tak..Produk daripada IMANNI SKINZ !!! Pernah dengar ? Ke, tak pernah ? Kalau tak pernah, meh sini Lyssa nak bagitau..


Apa itu IMANNI SKINZ ?


Imanni Skinz merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan kosmetik dan set penjagaan kulit dan wajah. Imanni Skinz ini adalah hak milik Muslim Bumiputera Malaysia. Ianya merupakan produk kosmetik yang halal dan memang sesuai untuk semua golongan wanita di luar sana. Imanni skinz juga adalah produk yang bersumberkan organik habbatussauda dan paling penting, ianya mendapat sijil kelulusan organik ! Jadi, produk ini memang selamat digunakan dan tiada langsung bahan kimia yang berbahaya. Paling penting, ianya halal, mesra wudhuk, mesra solat dan bebas daripada silikon dan juga paraben. Tak perlu risau :)


So, sekarang ni Lyssa nak story siketlah.. Baru-baru ni, Lyssa ada cuba salah satu set produk daripada Imanni Skinz ni tau. Ya ! Macam korang dah baca di tajuk entri kali ni, SET SHY GIRL daripada Imanni skinz. Sebenarnya banyak lagi set lain yang ada di Imanni Skinz ni, tapi Lyssa tertarik dengan set  Shy Girl ini sebab ada cake foundation, face mist dengan brush muka. Kebetulan pula foundation Lyssa dah habis. Jadi, apa salahnya nak mencuba baru yang lain pulak kan ? hihi...


SET SHY GIRL IMANNI SKINZ


Untuk pengetahuan korang, Set Shy Girl ini mempunyai 3 produk di dalamnya, iaitu Blossom Cake Foundation, Brush dan Gorgeous Serum . Bagi Lyssa, ketiga-tiganya ini memang amat penting untuk mendapatkan wajah yang cerah, putih sekata dan glowing gitew..


Blossom Cake Foundation

Ini adalah antara salah satu produk Imanni Skinz yang dah jadi feveret Lyssa sekarang dan Lyssa rasa memang tak sabar sangat nak guna pada mulanya. Perasaan eksaited tu kemain lagi tau ! Sejak-sejak akhir ni, Lyssa memang suka sangat pakai foundation. Macam sebelum ni, Lyssa ada cuba foundation jenis Matte Mousse, jenis liquid. Tapi, masih lagi tak 'full coverage'. Tapi, dengan Blossom Cake Foundation ni, tiba-tiba Lyssa dah terjatuh cinta sebab calit dan pakai siket je, terus tutup habis liang-liang pori kat  muka. haha. 

Cara penggunaan
Cara nak guna pun senang. Korang boleh gunakan sponge yang diberi atau boleh juga guna  Brush dia ! Sapukan keseluruhan muka dan leher. Hasilnya memang mengagumkan. Untuk foundation yang ini, codenya ada 'natural and light'. So, bila pakai kat muka, ianya nampak natural je dan semestinya lebih cerah siket dari tona kulit Lyssa. Tapi, kalau disapu menggunakan brush dalam set ini, ianya nampak lagi sekata dan tak bercapuk langsung.


Brush

Brush yang ada dalam set Shy Girl ni pun best ! Lembut dan gebu sangat. Memang nampak lah macam 'high quality'. Dah la lembut, padat, lepas tu bila seratakan foundation menggunakan brush ni, memang automatik akan jadi sekata je kat kulit muka...best gilaaaa !!!

Cara penggunaan
Sapu secara sedikit-sedikit sahaja berus itu di permukaan foundation, dan apply terus ke seluruh wajah muka korang.


Gorgeous Face Mist & Glowing Serum

Gorgeous Face Mist ni pun, Lyssa suka sangat-sangat. Baunya wangi ! Ye lah.. Nama pun daripada bahan organik habbatussauda, mestilah wangi. Bila spray kat muka, rasa fresh terus muka. Lepas tu, face mist ni sangat cepat meresap masuk ke dalam kulit kita tau. Muka kita akan terasa lebih tegang selepas memakainya. Tak percaya, korang kena cuba !


Cara penggunaan
Caranya, spray serum ke muka. Kemudian, dap dap dap kan saja dengan tangan supaya ianya terus dan cepat meresap ke kulit muka kita. Lepas tu, korang boleh terus apply blossom cake foundation tu. Then spray serum itu sekali lagi ke muka korang untuk menampakkan hasil glowing di muka. Mudah kan ? Face mist ini juga adalah baik untuk merawat muka. Gunakan ia dua kali sehari :)




Dahh ! So, amacam. Ada yang teringin nak cuba produk Imanni Skinz Set Shy Girl ni tak ? Haaa ! Jangan ingat namanya Shy Girl, hanya untuk budak pemalu macam Lyssa ni je ! haha. Hakak-hakak, adik-adik yang tak berapa nak malu tu pun boleh cuba tau ! HAHA. Lepas guna set Shy Girl ni, tiba-tiba Lyssa dah tak rasa 'Shy' dah ! hahahahahahahhhaha~ *ajaib betul!*



Kalau korang nak tahu, banyak betul testimoni daripada pengguna yang lain tau. Jom lah kita tengok beberapa testimoni yang dah jatuh cinta dengan produk dari Imanni Skinz ni :)

Testimoni Pengguna Lain


Rupa-rupanya banyak dah yang sudah mencuba produk daripada Imanni Skinz dan ramai juga yang kata best pakai foundation dan glowing serum tu ! hehehe. Diorang suka, Lyssa laaagi la suka ! Lyssa dah cuba. Korang bila lagi ?

Untuk info lanjut, boleh terus ke :

Facebook  : Imanni Skinz HQ
Instagram : Imanni.skin.Hq


Terima kasih sudi baca :)


Formula Kurus Tanpa Berlapar Yang Berkesan Dengan Hanya Minum C-Trimax

$
0
0
Assalamualaikum..

Hi korang semua.. Lyssa tak nak bebel panjang sangat.. Nak terus 'straight to the point' je nih.. hahaha! Lyssa tak pasti korang ada perasan ke tak yang Lyssa ada post gambar Lyssa dengan satu produk ni di instagram dan facebook Lyssa baru-baru ni,. Yeah ! Produk C-Trimax tuu... Bagi siapa yang belum tahu apa itu C-Trimax, meh sini Lyssa nak bagitau..

Apa itu C-Trimax ?


C-Trimax adalah satu produk kurus tanpa berlapar yang boleh membuang toksin di dalam badan secara natural dan mencairkan lemak yang tertumpu kepada semua anggota badan. Ianya berfungsi seperti Fat Burner, jika disertakan sekali dengan senaman, lagi ketara kesannya. C-Trimax ini ada kelulusan KKM dan memang selamat digunakan. Korang dah tak perlu risau bab tu.. Paling penting, ianya adalah 100% bahan daripada buah-buahan dan berperisa buah markisa dengan ekstak buah guarana. Dengan C-Trimax ini, korang akan kerap haus dan perlu minum air dalam kuantiti yang banyak.

Apa Kebaikan C-Trimax ?


Sebenarnya, banyak kebaikan dan manfaat yang korang boleh dapat jika korang amalkan minum C-Trimax ni tau.. Ianya bukan sahaja boleh bagi korang kurus, tapi boleh menambahkan tenaga korang juga tau. Tak de la rasa lesu, letih je. Minum ni je, mesti lebih bertenaga daripada sebelum ni.. Antara kebaikannya adalah :

1) Menghalang pembentukan lemak
2) Mengawal berat badan
3) Mengurangkan dan mengawal selera makan
4) Mengurangkan kolestrol
5) Menambah tenaga
6) Melancarkan dan membaik pulih peredaran darah.
7) Membuang toksin dalam badan 


Kalau korang nak tahu, ada banyak beza produk C-Timax ni daripada produk kurus yang lain tau.. Haaa... Apa ye agak-agaknya ? hihi .. Kalau nak tahu, C-Trimax ni mampu menghilangkan selulit, mencairkan lemak tepu, membuang sisa lama dalam usus perut, tiada cirit-birit dan yang paling penting, kita TAK PERLU kurangkan nasi. Boleh je makan macam biasa. Asalkan, jangan pernah miss minum C-Trimax setiap hari dan minum air dalam kuantiti yang banyak.. hihi. Senang je kan :)


Bagaimana Cara Pengambilan C-Trimax ?


Korang teringin nak minum, tapi korang tak tahu cara macam mana nak gunanya kan ? Meh sini Lyssa nak ajar caranya...

Sekotak ada15 sachet. Ianya merupakan serbuk yang perlu dibancuh dengan air (suhu bilik).
Cara pengambilannya mudah sahaja :)

1. Bancuh C-Trimax bersama dengan air 150ml  lebih kurang separuh gelas lebih siket macam dalam gambar atas yang Lyssa tengah minum tu.
2. Kemudian, kacau sehingga sebati dan minum serta merta.
3. Minum ia selepas breakfast.
4. Pastikan minum air masak 6liter sehari sepanjang hari untuk memaksimumkan proses pembakaran lemak.

*Note : 

  • Bagi berat 100kg ke atas, boleh makan 3 sachet sehari bagi waktu yang berlainan, pagi, tengahari dan malam.
  • Bagi berat 70kg ke atas, boleh makan 2 sachet sehari di waktu yang berlainan.


Apa Yang Bestnya C-Trimax Bagi Lyssa ? 


Sebenarnya, Lyssa nak cuba minum C-Trimax ni dari minggu lepas lagi. Saja Lyssa nak tunggu apa kesannya setelah minum C-Trimax ni. Emm, memang la Lyssa ni dah kurus, tapi Lyssa nak tengok betul ke produk ni berkesan? Lyssa pun tak teragak-agak nak cuba sebab ramai gilaaaa yang bagi repson dan testimoni yang mengatakan produk ni bagus dan beri hasil yang baik. Pertama kali nak minum ni, Lyssa rasa eksaited lah pulak sebab nak rasa minuman ni rasa apa kan. hihi ! Sebab tulis kat kotak tu ianya berperisa buah markisa. Seumur hidup, tak pernah pulak makan buah markisa dan tak tahu pulak rasanya macam mana. hahaha ! Lepas dah bancuh tu, rasa siket kat lidah. Rasa macam masam-masam siket. Macam sedap.. Then, Lyssa minum terus perhabis satu 1/2 gelas tu.. nyummm nyumm.. Memang sedappp. Rasa masam-masam nak kata kelat, macam kelat siket kot. Pernah makan buah durian belanda ? Haaa, lebih kurang rasa macam tu laa.. Tapi memang sedap. 

Dan apa kesannya lepas Lyssa minum C-Trimax ni ?? Ok !! Memang betullah formula tanpa berlapar yang mereka nyatakan tu. Lepas je minum ni, Lyssa terus tak rasa lapar langsung sampai ke petang. Lyssa cuba minum ni dalam pukul 9.00 pagi lepas breakfast. Dan sampai pukul 6.00 petang perut ni tak rasa lapar langsung ! "Ehhh, biar betul !!!" Macam magik pun ada. Sebab sebelum-sebelum ni, Lyssa pernah juga minum produk kurus macam ni, tapi tetap rasa lapar. Yang C-Trimax ni lain macam eh... Lepas tu, masa nak dinner, selalunya 2 pinggan nasi Lyssa belasah makan... Tapi, kali ni tak. Rasa macam tak ada selera nak makan nasi pun ada. Tapi, Lyssa paksa juga makan, tapi boleh masuk perut siket je.. Sebab rasa macam kenyang lagi. hahaha... Ajaib betul ! (*banyaknya TAPI kau Lyssa!!!!")

Rugi la bagi korang yang tak nak cuba. Sebab kesannya memang betul-betul menjadi. Kalau korang yang nak kurus tanpa rasa lapar tu, korang boleh cuba minum C-Trimax ni. Memang teramatlah membantu.. Bukan Lyssa je yang rasa macam tu, ramai lagi rupanya rasa benda yang sama, takkan rasa lapar lepas minum. Kalau amalkan, memang boleh kurus nih. Tapi, Lyssa tak nak la kurus sangat, setakat dapat berat yang ideal pun dah ok dah.. hihi.. :)



Siapa yang berminat, boleh terus ke sini untuk info lanjut :

Instagram : @ctrimax


Terima Kasih Sudi Baca :)

Mampukah Countertop Dapur Anda Berdepan Ujian Memasak di Malaysia?

$
0
0
Apakah perkara terpenting semasa memilih countertop dapur?

Ya, countertop dapur mesti tahan lama dan menarik. Tetapi, apa yang paling penting adalah ia mesti mampu bertahan dengan cabaran bahan masakan Malaysia seperti serbuk kunyit, minyak sapi dan kicap.

Sebab itutlah pemilihan countertop dapur anda amat penting. Memilih bahan terbaik bermaksud memerhatikan bagaimana anda menggunakan dapur anda. Adakah anda meletakkan kuali panas terus di atas kaunter? Atau anda menggunakan lesung dan alu untuk menumbuk sambal?

Bila maklumat sudah dalam genggaman, jadi bolehlah anda memendekkan senarai bahan-bahan countertopdapur anda seperti berikut:


Marmar

Di sisi bahan-bahan batu asli yang lain, marmar terkenal kerana ia tahan haus dan lusuh. Bahan klasik ini juga kalis panas dan didatangkan dalam pelbagai tekstur dan tona.

Walaubagaimanapun, ia merupakan pilihan yang mahal. Marmar mesti direkatkan semasa pemasangan dan direkatkan semula secara berkala dari semasa ke semasa. Ini kerana ia berliang atau menyerap air. Jadi, ia boleh menimbulkan masalah.


Countertop dapur marmar dari marblegranitemalaysia.com


Kuarza


Kuarza terhasil daripada kombinasi mineral, resin, dan warna yang mencipta tekstur batu semulajadi yang bertenaga. Ia hadir dalam pelbagai ira, tekstur, warna dan tona seragam. Tidak seperti batu, campuran bahan ini tidak memerlukan rekatan atau penyelenggaraan yang kerap. Malah, ia tahan calar, kotoran dan kepanasan. Tapi, harga kuarza juga tinggi. Bucunya yang tajam pula perlukan perhatian pakar bilamana berlaku kerosakan.

Countertop kuarza gelap dengan tambahan percikan marmar  Sumber dari Jessstone.com.my


Granit


Seperti batu dan kuarza, granit juga kalis kerosakan. Kerosakan di dapur biasanya berpunca daripada pisau atau kepanasan. Tapi, sebagaimana kuarza, sisi granit juga mudah rosak sehingga terpaksa mendapat jagaan pakar.

Namun, ia amat dikenali kerana tekstur dan coraknya yang unik dengan pilihan permukaan berkilat atau pusam. Ini menjadikan granit tahan kepada kesan kotoran. Lebih unik warnanya, maka lebih tinggilah kosnya. Dan, sepertimana batu, granit juga perlu direkatkan semula dari semasa ke semasa.


Countertop granit. Sumber: hudsonvalleylighting.com


Permukaan Padu


Countertop dengan permukaan padu menyerupai tekstur dan warna batu, kaca serta bahan-bahan konkrit. Ia kurang penyelenggaraan, sekaligus membantu mengurangkan kos anda. Walaupun begitu, ia kekal dengan ciri tahan haba dan air yang boleh merosakkan batu. Ia juga lebih mudah untuk dibersihkan dan tidak cepat lusuh. Permukaan padu boleh tercalar dan terbakar tapi boleh diperbaiki hanya dengan sedikit penjagaan istimewa.


Countertop padu. Sumber: meridianinspiration


Konkrit

Rupa semulajadi dan pelbagai potensi warna atau arca sebenarnya merupakan ciri konkrit yang mampu menyatukan elemen di dapur. Lebih-lebih lagi jika berada di samping kayu dan batu. Bahan tahan lama ini mampu menahan kerosakan yang berpunca daripada haba dan kotoran. Jadi, berbaloilah ia dengan perekatan berkala dan penyelenggaraannya.

Tapi, saiz konkrit yang agak berat menyebabkan lebih perhatian diperlukan semasa proses rekaan dan pemasangannya. Ini kerana konkrit dengan mudah dirosakkan oleh cecair-cecair berasid tinggi.


Countertop konkrit. Sumber: Pinterest

Jubin

Sebagai bahan countertop, jubin seramik merupakan kawan baik si tuan rumah. Bukan sahaja ia mengurangkan kos,malah ia juga lebih mesra dalam projek DIY anda. Kaya dengan saiz, bentuk, warna dan tekstur menjadikan ia senang digayakan dengan apa jua rekaan. Cuma, jubin agak mudah rosak. Jubin memerlukan pembersihan rutin untuk mengelakkan kulapuk dan kotoran. Namun begitu, jubin ada kelebihan iaitu ia tahan daripada kelembapan, haba, calar , dan kotoran.


Countertop jubin. Sumber: Pinterest


Kayu


Di antara bahan-bahan semulajadi yang ada, kayu menyerlah sebagai bahan yang menambah kehangatan di mana jua ruang dapur. Ia agak bagus menentang masalah haus dan lusuh, kesan daripada cincangan, tetakan, dan potongan. Malah, kelusuhannya menghasilkan kesan yang menawan. Blok keratan, misalnya, menjadi tapak yang hebat sebagai kawasan kerja walaupun bidur berhias juga boleh digunakan.

Walau bagaimanapun, kayu memerlukan penyelenggaraan dan rekatan yang mesra makanan memandangkan ia boleh rosak akibat air, haba, kotoran dan bahan-bahan kimia serta berasid yang biasa.


Countertop kayu. Sumber: Pinterest


Laminat


Seiring dengan perkembangan teknologi, laminat muncul tidak kurang popular kerana ia hadir dalam pelbagai warna dan tekstur. Dengan keupayaannya menyerupai bahan-bahan yang lain, laminat memerlukan papan lapis berpartikel di dalam lapisan nipis resin plastik. Ini menjadikan laminat sebagai bahan countertop yang tidak mahal, selain tahan lama dan agak mudah dijaga. Tapi, hati-hati dengan kerosakan akibat pan panas dan calar yang dalam kerana tiada cara mampu memperbaikinya. Tambahan pula, hanya sinki mangkuk yang sesuai digunakan dengan bahan ini kerana ciri-ciri binaannya.


Countertop laminat, diwarnakan menyerupai kayu. Sumber: sarahsarna.com


Keluli tahan karat


Ada sebab mengapa restoran menggunakan keluli tahan karat di dapur mereka. Bahan ini hampir tidak dapat dimusnahkan. Ia mampu berdepan kegiatan gila-gila yang sering berlaku di mana-mana dapur komersil. Ia mudah dibersihkan memandangkan apa jua tumpahan tidak akan menembusi permukaan yang boleh membawa kepada bakteria. Namun, selepas beberapa lama, permukaan berkilat itu akan mulai kusam dan tercalar. Ia juga hadir dalam satu warna sahaja.


Countertop keluli tahan karat. Sumber: bobvila.com


Perlu pakar pengubahsuaian dapur untuk memberikan sebut harga?


Memilih countertopdapur yang baik sebenarnya berakar daripada pengetahuan mengenai keperluan ruang dapur anda. Tidak dapat dinafikan bahawa ada bahan di luar sana yang terbaik untuk anda dan seisi rumah anda. Cuma, anda perlu membuat pertimbangan dengan cermat bagi memilih bahan terbaik bagi rumah anda.

Jika anda perlu seorang pakar pengubahsuaian dapur, layarilah Recommend.my. Anda hanya perlu kongsikan maklumat ringkas tentang perkhidmatan yang anda perlukan melalui online request form, dan nantikan maklum balas serta sebut harga percuma dalam tempoh beberapa jam sahaja. 

AJL32 | Senarai Pememang Anugerah Juara Lagu 32 2018

$
0
0
Assalamualaikum..

Bagi siapa yang tak dapat nak tengok Anugerah Juara Lagu 32 2018 kali ni, Lyssa akan share pada korang keputusan penuh dan senarai nama pemenang anugerah ini...





Agak-agak siapa lah yang mendapat tempat pertama tu ye ? Jom kita tengok ! :D


ANUGERAH PERSEMBAHAN TERBAIK
Altimet


ANUGERAH VOKAL TERBAIK 
Syamel & Ernie Zakri


TEMPAT KETIGA 
Haqiem Rusli


NAIB JUARA
Azmi Caliph Busker


JUARA
Hael Husaini


Tahniah kepada semua pemenang !!!! :D


IPC Shopping Centre, Pusat Beli Belah Sesuai Untuk Seisi Keluarga

$
0
0
Assalamualaikum

Baru-baru ni, Lyssa ada jejakkan kaki Lyssa di IPC Shopping Centre. Kalau korang pernah pergi berkunjung ke IKEA Damansara, IPC Shopping Centre terletak betul-betul bersebelahan dengan IKEA tu, iaitu di Mutiara Damansara. Lyssa pergi ke sana haritu dengan 2 lagi kawan Lyssa. Saja nak tengok apa yang best kat situ.. Dengar cerita, awal bulan Januari haritu, IPC Shopping Centre membuka tirai untuk mempamerkan kepada umum selepas pembangunan semulanya . Sejajar dengan pembangunan semula tersebut dengan julung kalinya, bulan ini IPC Shopping Centre sekaligus melancarkan aplikasi mudah alih barunya . Sebab tu lah Lyssa tak sabar sangat nak tahu, apa yang menarik IPC Shopping Centre tu sekarang ni..


Sampai je IPC Shopping Centre, Lyssa terus je buka aplikasi IPC Shopping Centre kat iPhone Lyssa yang baru je Lyssa download 2 hari sebelum ke IPC Shopping Centre :) hahahahaa ~ Kemain eksaited tu nak tahu, apa yang menarik dan boleh Lyssa jenguk kat IPC Shopping Centre nih..

Kalau korang nak tahu, aplikasi mudah alih IPC Shopping Centre adalah aplikasi pusat membeli-belah yang pertama di dunia yang dibangunkan dengan kerjasama music streaming iaitu Spotify, yang menyediakan cadangan untuk para pengguna mencari tempat makan dan minum yang terdapat di IPC Shopping Centre.

Dengan adanya aplikasi ni, korang tak payah susah-susah pening kepala nak fikir makan kat mana..  biasalah, soalan paling susah dalam hidup mesti, "nak makan kat mana kan ?" agaknya soalan itu juga lagi susah dari buat PHD. kahkah. Ok dah !

Kebetulan pula masa tu, Lyssa tengah buka lagu di aplikasi Spotify ! HAHA. Tiba-tiba mood nak dengar lagu Wolves dari Selena Gomez tu.. Lyssa dah bagitahu tadi kan, Spotify ni ada bekerjasama dengan aplikasi IPC Shopping Centre ni kan. So, dengan aplikasi tersebut, ianya akan mencadangkan tempat makan atau restoran mana yang sesuai untuk kami singgah pada waktu itu. Kiranya dia macam boleh tahu la mood kita macam mana waktu tu. Bunyi macam menarik kan ?! Haaaa. Tapi, macam mana nak guna ? Meh sini, Lyssa ajar ! :D

Pastikan korang download terlebih dahulu aplikasi IPC Shopping Centre (for IOS) (for Android) dan Spotify.  Ok, dekat Spotify.. lepas dah sign in, korang pilih je lagu mana yang korang rasa nak dengar dan mainkan... Contoh, Lyssa nak dengar lagu Wolves by Selena Gomez..


        


Then buka aplikasi IPC Shopping Centre, swipe ke kiri sampai jumpa "The Mood Menu". Dan akan keluar page "Your music can tell us what'll make you go MMMMMMmmmmmm" ! 

Macam ni haaaa....

              


Sekarang korang tekan "I'M READY!" Nanti, ianya akan bawa korang ke satu page Spotify untuk korang connect dengan account IPC Shopping Centre. Bila dah tekan OKAY, tunggu dalam 2 - 3 saat, automatik kan terus ke akaun IPC, maka akan keluarlah mood korang masa tu ! hihi...


           


            



Oh yeahh ! Lyssa tengah berada di mood "In Love" lah masa tu.. Tapi, memang pun. ! kahkah. In Love lah sangat kan .. hihi. Jadi, aplikasi tersebut telah mencadangkan beberapa kedai makan / minum yang boleh Lyssa cuba waktu tu. wahaha ! Best gila.... 

     

Tiba-tiba masa tu, tekak kami macam teringin nak makan aiskrim ! Jadi, kami membuat keputusan untuk memilih Magnum Cafe sebagai tempat pertama kami untuk lepakkk ! yehuuu !

     


Lepas dah puas lepak dekat Magnum Cafe tu, Lyssa ajak kawan-kawan Lyssa jenguk pula apa yang menarik lagi dekat IPC Shopping Centre tu. Rupa-rupanya ada banyak lagi kedai makan atau restoran yang best eh kat sini ! Ada Nando's, Absolute Thai, Ah Cheng Laksa, Boat Noodle, Dome Cafe, Empire Sushi, Kluang Station, dan banyak lagi lahh ! Korang pun boleh tengok sendiri dekat Apps IPC Shopping Centre tu...


Lyssa ingat ke,  IPC Shopping Centre ni ada banyak tempat makan je, tapi sebenarnya, bukan lah tempat makan je yang banyak, kemudahan untuk keluarga dan kawan-kawan pun banyak. Siapa yang ada anak-anak kecil ke, mesti diorang seronok dan teruja nak datang kat sini. Kalau agak dah penat bershopping, ibu bapa boleh berehat-rehat tengok anak-anak bermain di taman permainan yang terletak di tingkat L2.

Tengok tu kat belakang tu.. Toys "R" Us dengan Harvey Norman pun ada hokeh !

Kat depan tu pulak, ada 2 orang gadis cantik ! hahahah ~ opssssss***

 Ok ! Anak-anak pun boleh layan imaginasi diorang kat sini jugak ! (main lukis-lukis).. 
Best kan ?! :D


The Pet Safari Malaysia

Lyssa pula tertarik dengan The Pet Safari Malaysia ni. Ianya berkonsepkan "Deconstruction Site". Lyssa pula memang sukakan binatang. Banyak juga haiwan yang comel-comel kat sini. Bagi siapa yang pencinta haiwan, korang boleh rasai pengalaman shopping di sini. Macam-macam hado ! :D

Bukan tu je tau. Lyssa tau pembaca blog kesayangan Lyssa ni semua mesti suka shopping kan ? Haaa ! Guess what ?! Kat IPC Shoopping Centre ni pun ada H&M, Brands Outlet, Cotton On, Crocs,  LC Waikiki, Love it, Padini, Skechers dan Varnah Voguish tau ! OMG, bestnyeeeeeee :D

Ok ! Apa-apa pun, IPC Shopping Centre ni ada 5 tingkat tau kesemuanya. LG2, LG1, G, L1 dan L2. Kalau korang nak tengok maps atau list store yang ada, jangan segan silu download aplikasi IPC Shopping Centre ni tau. Mana lah tau, kot kot korang terasa nak singgah kat situ, nak makan kat Absolute Thai ke, Boat Noodle ke, boleh la datang sini. Guna je aplikasi tu. Mesti korang puas hati. Lagi pula, korang boleh tahu mood korang untuk makan kat mana masa tu, lagi lah best kan?! hihi..

Untuk info lanjut, korang boleh terus ke :

Instagram : @IPCShoppingCentre

#IPCSoMuchMore #TheMoodMenu

Download apps di :
Google Play Store -  http://bdj.bz/IPCappAndroid
Apple App Store - http://bdj.bz/IPCappIOS



Terima Kasih Sudi Baca :)

Dah 3 Tahun Dah Masalah Ni Tak Settle Settle Lagi !

$
0
0
Assalamualaikum..

Hi korang semua... Apa khabar :) Sihat ? Alhamdulillah, Lyssa sihat je.... Sekarang ni, ada haaa kat Penang.. Balik cuti semester seminggu. Ni dah ada masa sekejap ni, tu yang rasa nak menaip je nih, Kalau dok KL busy dengan assignment, nak hapdet blog pun mengengsot-ngengsot. haha !

Ok ! Apa yang Lyssa nak membebel kali ni ? Actually, benda ni dah lama.. Lama sangat dah masalah ni, bertahun-tahun ! Tapi, sampai sekarang Lyssa tak jumpa lagi jalan penyelesaiannya. Ramai dah yang 'menjerit' kat shoutbox Lyssa tanyakan, kenapa setiap kali nak FOLLOW BLOG LYSSA ada keluar error ?



Kalau korang perasan, Lyssa pernah update masalah ni dalam entri Lyssa yang ni : Bilalah Masalah Follow Ni Nak Selesai ?

Tu lah, Lyssa tak tahu apa puncanya. Rasanya orang lain elok je Lyssa follow, tak de pulak keluar error. Ni tak, nak follow blog sendiri pun dah tak boleh sebab keluar error tu lagi.. Sedihnyaa.. Kesian juga ada pembaca blog Lyssa yang teringin nak follow blog ni, tapi masih tetap tak boleh. Urmm..

Ada sesiapa tak kat sini boleh tolong ? Takkan laaa masalah tukar template haritu terus jadi macam ni ..? Ada kena mengena ke ? umm.

Tolong ehh siapa-siapa yang tahuuu... What should i do ? :'(

Terima Kasih..

Senarai Pemenang Anugerah Meletop ERA 2018 | #AME2018

$
0
0
Assalamualaikum !

ANUGERAH MELETOP ERA 2018

Artis Baru Meletop

As'Ad Motawh
Fendy Bakry
Hannah Delisha
Wany Hasrita 
Farah Nabila


SI Cilik Meletop


Arif Jiwa Asyraf
Syeriv SamHeizy
Aaisyah Dhia Rana
Lara Alana
Yusuf Iskandar


Couple Meletop

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila
Akim Ahmad & Stacy
Amyra Rosli & Amar Baharin
Mia Ahmad & Izham Tarmizi
Jep Sepahtu & Sari Yanti

Program Radio Meletop

Johara Pagi Era (ERA)
Pagi di Sinar (SINAR)
Petang ERA (ERA)
Super 40 ERA (ERA)
Suria Cinta (Suria FM)


Penyampai Radio Meletop

Radin (Super 40 ERA)
DJ Lin (Suria Cinta)
Fad Bocey (Petang ERA)
Jep Sepahtu (Pagi Di Sinar)
Johan (Johara Pagi Era)


Program TV  Meletop

Gema Gegar Vaganza 2017 
Gegar Vaganza 2017 
Maharaja Lawak Mega 2017 
Sepahtu Reunion Live 2017 
Tazkirah Malam Jumaat


Hos TV Meletop

Siti Nordiana 
Dato Seri AC Mizal 
Alif Satar 
Nabil Ahmad 
Jihan Muse


Artis Lawak Meletop

Fikry Ibrahim 
Jep Sepahtu 
Kamal Adli 
Sharifah Sakinah 
Zizan Razak


Drama Meletop

Hero Seorang Cinderella 
Red Velvet 
Mencintaimu Mr. Photographer 
Titian Cinta 
Cekelat Semanis Honey


Pelakon Meletop

Fattah Amin 
Neelofa 
Siti Nordiana 
Syafiq Kyle 
Zul Ariffin


Group Duo Meletop

Akim & The Majistret
Dato Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir 
Caliph Busker dan Faizal 
Tahir Tajul dan Wany Hasrita 
Zizan Razak & SonaOne



Penyanyi Meletop

Siti Nordiana 
Haqiem Rusli 
Hael Husaini 
Ayda Jebat 
Khai Bahar



Lagu Meletop

Khai Bahar - Bayang 
Ayda Jebat - Nakal Nakal Nakal 
Haqiem Rusli - Tergantung Sepi 
Hael Husaini - Jampi 
Dato Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir - Dirgahayu



Filem Meletop

Abang Long Fadil 2 
Bisik Pada Langit 
J Revolusi 
Kimchi Untuk Awak 
Tombiruo : Penunggu Rimba



Bintang Filem Meletop

Janna Nick - Kimchi Untuk Awak 
Nur Fazura - J Revolusi
Zizan Razak - Abang Long Fadil 2 
Zul Ariffin - J Revolusi 
Zul Ariffin - Tombiruo : Penunggu Rimba



Anugerah Khas Meletop

Dato' Harjit Singh 



Top Top Meletop Lelaki dan Wanita

Neelofa dan Khai Bahar


Sekian, terima kasih :)

Lazada Mobile Prepaid Topup | Jimat dan Mudahnya Tambah Nilai Prabayar, Hanya Dengan 3 Langkah Sahaja !

$
0
0
Assalamualaikum...



Hi semua ! Sepertimana yang korang tahu, Lazada Malaysia adalah sebuah pusat membeli belah terbesar dalam talian yang merupakan sebahagian daripada rantaian siber global yang telah ditubuhkan di Eropah. Lazada Malaysia telah menawarkan platform e-dagang mesra pengguna, mudah dan dipercayai.

Ok. Korang nak tahu tak, sekarang ni, Lazada Malaysia ada menyediakan kemudahan dan perkhidmatan untuk tambah nilai prabayar yang sangat cepat dan mudah ! Disebabkan ianya terlalu mudah, korang hanya perlu ikut 3 langkah sahaja untuk 'topup prepaid' korang tu... hihihi :) 

Tapi, pertama sekali, korang mesti ke page Lazada ini terlebih dahulu untuk topup. 

Lazada Mobile Prepaid Topup Page : https://www.lazada.com.my/mobilerecharge.html

Dah tekan link tu kan ? Nanti akan keluar page yang macam ni :



Lepas tu, korang boleh ikut 3 langkah mudah ini : (*nak LOGIN boleh, tak nak login pun boleh*)

1. Masukkan Prepaid Phone Number . Contoh : 0121111111

2. Pilih Operator apa yang korang guna. 
(Ada 6 operator iaitu : Digi, Celcom, Maxis, U Mobile, Tuna Talk dan XOX)

3. Bayar menggunakan Kad Kredit/Debit ataupun Online Banking dan korang  boleh nikmatinya dalam sesaat !


Oh yah ! Sebelum bayar, lepas masukkan nombor dan pilih opreator tu, korang kena pilih dulu, nak topup berapa ? RM5 ? RM10 ? RM20 ? RM30 ? Haaaa, tapi di Lazada, korang bayar murah siket daripada yang korang topup biasa-biasa tu.. Tengok ni :




Lepas tekan je TOP UP NOW, akan keluar page untuk pilih cara pembayaran korang... 

Boleh bayar secara Kredit/Debit Card ataupun Online Banking sahaja.. Dan sebelah kanan tu, kita boleh lihat Order Summary kita. Betul kan ? Hanya perlu bayar RM4. 75 untuk topup RM5. Kat situ pun kita dah boleh jimat dah :) Kalau ada Voucher Code, lagilah bertambah jimat. Masukkan je kat ruangan Voucher Code tuu...




Sekarang ni, kalau korang nak bayar melalui kredit/debit card, korang hanya masukkan nombor kad, nama kad, tarikh luput kad and CCV, dan boleh dah proceed pembayaran macam biasa. Kalau nak online banking pun sama, login online banking korang macam biasa, dan boleh terus proceed to payment.

Dan kredit topup terus masuk ke phone korang. Teramat lah mudah dan menjimatkan !! Lagi pula, ianya juga ada promosi tambah nilai prabayar bulanan untuk semua operator

Jadi, apa yang korang tunggu lagi, mari bersama-sama kita berjimat dengan TOPUP PREPAID di Lazada Malaysia :D



TerimaKasihSudiBaca :)

ODYSSEY Dari Lembah Ke Puncak | Kisah Hidup Sepasang Suami Isteri Menjadi Sumber Inspirasi

$
0
0
Assalamualaikum

Baru-baru ni , Lyssa ada terbaca satu buku yang mengisahkan kisah hidup sepasang suami isteri yang sangat unik, versatile, merendah diri dan penyayang dan juga dua insan ini sangat hebat dalam melalui pelbagai halangan dan rintangan, namun tak pernah langsung berputus asa. Tak lain tak bukan Encik Zaidi Yusoff dan Puan Sharifah Ameelia Akma. Buku bertajuk ODYSSEY Dari Lembah Ke Puncak ini bukan hanya setakat untuk dibaca sahaja, tetapi ianya juga untuk dijadikan teladan dan motivasi kepada sesiapapun yang mahu berjaya dan menghargai hidup.





Buku ini terdapat dua bahagian yang mempunyai 160 muka surat (termasuk gambar) iaitu 18 Bab yang mengisahkan kisah isteri, Sharifah Ameelia Akma dan 23 Bab lagi kisah mengenai suami, Zaidi Yusoff. Dalam 41 bab yang ada, macam-macam yang korang akan dapat. Macam-macam perasaan yang akan timbul bila korang baca buku ni nanti. Ada bahagian yang sedih, gembira dan sekali gus dapat memotivasikan diri kita pula sehingga kita terfikir, bila kita akan jadi berjaya macam mereka juga. Lyssa dapat bayangkan betapa sukarnya kehidupan yang mereka lalui bersama terutama selepas mereka bekahwin untuk memulakan hidup baru. Betapa cekalnya mereka hadapi semua itu bersama.


Kalau ada yang tertanya siapa Encik Zaidi Yusoff dan Puan Ameelina Akma ini, mereka adalah peneraju utama Zy Phyto Tech Industries yang menawarkan perkhidmatan membuat produk bagi usahawan yang ingin mengeluarkan produk sendiri.


ODYSSEY Dari Lembah Ke Puncak

Buku ini dimulakan dengan kisah Puan Ameelia Akma sejak zaman kecil lagi dan bagaimana karekter beliau dari dulu yang sangat nakal dan lasak. Nakal yang tidak memudaratkan lah. Lyssa tercuit bila terbaca yang semasa kecil, emaknya pernah ketuk kepala lutut beliau dengan senduk sebab terlalu nakal dan tidak mendengar nasihatnya. Tabiatnya itu terbawa-bawa sampai ke kolej dan disebabkan "culture shock" kerana baru keluar kampung ke bandar dan asyik menghabiskan masa tanpa tujuan, seronok dengan kehidupan zaman remajanya. Sehinggakan beliau pernah menduduki peperiksaan untuk 10 kertas. Hari demi hari, beliau belajar dan sampai lah bertemu dengan lelaki idamannya di UiTM. Nak tahu kisah seterusnya, haaa korang kena la dapatkan buku ini juga.. hihihi.


" Saya sering beringat, Allah hanya bagi peluang sekali untuk kita gunakan dengan sebaik-baik mungkin ke jalan-Nya " - Ameelia Akma


     


Bersambung pula dengan kisah suaminya, Encik Zaidi Yusoff yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau memang sangat bijak sejak dari kecil lagi dan lulus dengan cemerlang dalam SPM dan memperoleh 15 agregat. Beliau juga pernah mendapat tawaran kursus ke Jepun dan beliau adalah antara 100 pelajar yang terpilih untuk menyambung pelajaran di universiti di Jepun. Malang sekali, selama di Jepun, beliau gagal di setiap semester menyebabkan beliau terpaksa  berhenti dan balik ke kampung. Akan tetapi beliau tidak berputus asa dek kegagalan tersebut. Beliau memohon untuk masuk ke UiTM dan permohonannya berjaya dan tak disangka-sangka, beliau terjumpa kawan-kawan lamanya di sana. Dan di situ juganya, beliau berkenalan dengan isterinya Puan Ameelia Akma. Dari situ, bermula lah kisah mereka. Susah senang bersama sehingga mereka berjaya sampailah sekarang dan dikurniakan 3 cahaya mata yang sangat bernilai bagi mereka suami isteri.

" Apabila kita dijemput oleh Allah, Bukan bisnes yang akan dibawa tetapi amal jariah dan amalan kita. Itu yang kami ingin lakukan " - Zaidi Yufoff & Ameelia Akma


Kalau korang nak tahu, perniagaan mereka dimulakan dari RM3000 kini dah menjangkau RM30 juta ringgit !!! Semua ada diceritakan dalam buku ODYSSEY Dari Lembah Ke Puncak ni. Tak ada kisah yang tersembunyi pun, segala pahit duka, jatuh bangun semua ada diselitkan dalam buku ni. Sememangnya buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua peringkat umur yang ingin berjaya dalam hidup dan ingin bangkit dengan semangat bagi menghargai kehidupan.



Buku ini berharga RM49.90 sahaja.


Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh dapatkan buku ODYSSEY Dari Lembah Ke Puncak ni dengan contact/whatsapp Putri : 01128868898

Terima Kasih Sudi Baca :)

Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam Murah oleh Sf Car Rental Agency

$
0
0
Assalamualaikum...

Hi semua ..  Haaaa!! Lyssa tahu kenapa korang tiba-tiba tekan link untuk masuk ke blog Lyssa ni.. :D Ni mesti sebab korang tengah mencari-cari kereta sewa area Shah Alam kan ? Yeah, entri blog kali ni memang sesuai dan tepat sangat untuk sesiapa yang sedang mencari kereta sewa murah di kawasan Sham Alam.


Siapa Sf Car Rental Agency ?

Untuk pengetahuan korang, Sf Car Rental Agency merupakan Syarikat Kereta Sewa yang menyediakan perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam dengan harga murah yang berpatutan. Syarikat ini telah pun mula beroperasi pada tahun 2010 dan semakin dikenali dan berkembang dari semasa ke semasa. Dan disebabkan ramai pelanggan yang berpuas hati dengan pekhidmatan kereta sewa mereka, syarikat ini telah mengembangkan lagi perkhidmatannya di bandaraya di sekitar dan berdekatan dengan Shah Alam.

Apa Kelebihan Yang Akan Dapat Jika Sewa Kereta Dari Syarikat Sf Car Rental Agency ?

Banyak kelebihan dan manfaat yang korang akan dapat ! Antaranya ialah sewa kereta dengan harga yang murah dan berpatutan. Korang juga akan mendapat diskaun untuk sewaan yang lama (terlakluk pada terma dan syarat), penghantaran kereta ke depan rumah atau kolej kediaman, kebanyakan kereta yang disediakan adalah baru-baru belaka, penyelenggaraan kereta yang dijaga (dijamin selamat) dan kebersihan kereta juga terjaga. Jadi korang tak perlu risau lah kereta tu kotoq ke apa, memang confirm-confirm bersih punya lahhh ! :)

Model / Jenis Kereta Sewa

Terdapat pelbagai jenis kereta sewa yang telah disediakan oleh syarikat ini. Semua kereta sewa didatangkan dengan transmisi automatik sahaja bagi model kereta seperti :

  • Perodua Kelisa
  • Perodua Viva
  • Perodua Axia
  • Perodua Myvi
  • Perodua Bezza
  • Perodua Alza
  • Saga Flx

Berapa Harga Sewa Kereta Shah Alam ?

Kalau korang nak tahu, harga kereta sewa daripada syarikat ini sangatlah murah dan berpatutan mengikut jenis kereta pilihan korang. Korang boleh tengok harga yang tertera pada gambar di bawah ini, dan mengikut jenis kereta yang ada :



Kawasan Yang Meliputi Perkhidmatan Ini ?

Perkhidmatan kereta sewa Shah Alam ini meliputi kawasan seperti berikut :

1. Shah Alam(Seksyen 1 – Seksyen 35)
2. Shah Alam (U1 – U20)
3. Pusat Komersial
4. I-city
5. Cahaya Alam
6. Desa Alam
7. Padang Jawa
8. Ken Rimba
9. Bukit Bandaraya
10. Taman Sri Muda
11. Taman bunga Negara
12. Taman Alam Megah
13. Taman Ttdi Jaya
14. Taman Batu Tiga
15. Tadisma Business Park
16. Hicom Glenmarie
17. Bukit Jelutong
18. Kota Kemuning
19. Alam Impian
20. Dan lain-lain

Bila Perkhidmatan Kereta Sewa Ini Beroperasi ?

Waktu operasi syarikat ini adalah 9.00 am - 10.00 pm setiap hari. Sebarang urusan hanya dilakukan pada waktu pejabat sahaja.


Bagimana Cara Untuk Membuat Tempahan Kereta Sewa ?


Hantar Butiran Melalui SMS/Whatsapp

Bagi sesiapa yang ini menyewa kereta sewa ini, tempahan boleh dibuat dengan menghantar sms/whatsapp. Antara butiran yang wajib disertakan adalah :

1. Nama penuh :
2. No. kad pengenalan :
3. No. telefon :
4. Model kereta :
5. Kegunaan kereta untuk sekitar mana :
6. Tarikh dan masa ambil kereta :
7. Tempoh sewa berapa hari :
8. Alamat penuh kediaman/pejabat :


Deposit

Para pelanggan perlu membayar deposit RM100.00 untuk membuat tempahan kereta. Deposit RM100.00 ini akan dipulangkan empat (4) hari dari tarikh pemulangan kereta untuk tujuan semakan saman pihak berkuasa tempatan, polis dan JPJ (jika ada). Slip pembayaran deposit ini perlu dihantar melalui Whatsapp kepada kakitangan bertugas untuk tujuan rekod syarikat. 

Deposit boleh dibayar ke akaun Maybank.



Nama akaun : Sf Car Rental Agency
Nombor Akaun : 5622 1821 7906


Dokumen

Beberapa dokumen penting juga perlu disertakan bersama sewaktu deposit. Antara dokumen yang diperlukan adalah :

Pelajar
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan lesen
  • Salinan kad pelajar
  • Salinan kad pengenalan saksi (kawan atau saudara)

Bekerja
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan lesen
  • Salinan bil elektrik atau astro kediaman(terbaru)
  • Salinan ID kerja/pas kerja/kad perniagaan atau slip gaji (terbaru)
  • Salinan kad pengenalan saksi (kawan atau saudara)

Lokasi Pengambilan Kereta

Sesiapa yang ingin menyewa kereta sewa daripada syarikat ini, korang boleh ambil kereta sewa di :

1. Pejabat Sf Car Rental Agency
2. Penghantaran kereta ke depan kediaman/pejabat/kolej pelanggan (tertakluk kepada terma dan syarat)
3. KTM Padang Jawa
4. KTM Shah Alam
5. Stesen Bas Shah Alam


Bagi penghantaran kereta, korang boleh lihat terma dan syarat penghantaran di bawah :

1. Penghantaran disediakan pada waktu pejabat sahaja kecuali peak hour(4.00pm – 8.00pm)
2. Percuma bagi Shah Alam Seksyen 1 – Shah Alam Seksyen 20 sahaja
3. Bayaran tambahan RM10.00 + RM2.00/km dikenakan sehala bagi kawasan selain Shah Alam Seksyen 1 – Shah Alam Seksyen 20
4. Caj penghantaran kereta ini perlu dibuat pembayaran bersama pembayaran sewa kereta semasa pelanggan menerima kunci kereta.


     

     


Untuk info lanjut dan sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi mereka di :


Nama syarikat: Sf Car Rental Agency - Kereta Sewa Shah Alam

Alamat: Jalan Kristal Tiga 7/76c, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

No Tel: 017-244 9251






Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular BH 31 2018 #ABPBH31

$
0
0
Assalamualaikum..




Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-31 tahun 2018 berlangsung pada hari  ini 7 Oktober 2018 bermula jam 9.00 malam bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Kita boleh manyaksikan Ajak Shiro bergandingan dengan Janna Nick dan Zara Zya bagi memikul tanggungjawab sebagai pengacara anugerah yang berprestij dalam hiburan tanah air ini.

Bagi sesiapa yang tidak dapat atau tidak sempat melihat siaran langsung Anugerah Bintang Popular BH 31 2018 (ABPBH31) , jom sama-sama kita tengok siapakah pemenang bagi setiap kategori di bawah :

Artis Baharu Lelaki Popular

Ariff Bahran
Fendy Bakry
Fikri Ibrahim
Ismail Izzani
Syafiq Farhain

Artis Baharu Wanita Popular

Ain Edruce
Ara
Farah Nabilah
Fatin Husna
Hannah Delisha

Penyanyi Lelaki Popular

Aiman Tino
Aizat Hamdan
Hael Husaini
Haqiem Rusli
Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular

Ara
Nur Fazura
Siti Nordiana
Stacy
Wany Hasrita

Pengacara TV Popular

Alif Satar
Aznil
Mira Filzah
Neelofa
Sherry Alhadad

Penyampai Radio Popular

DJ Lin (SuriaFM)
Haziq (HotFM)
Johan (EraFM)
Radin (EraFM)
Shuk (HotFM)

Artis Komedi Popular

Abam
Jep
Jihan Muse
Mark Adam
Zizan Razak

Atis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan

Akim & The Majistret
Jacklyn & Siti Nordiana
Kugiran Masdo
Syamel & Ernie Zakri
UNIC & Caprice

Artis Versatile Popular

Alif Satar
Azira Shafinaz
Mira Filzah
Siti Nordiana
Zizan Razak

Kategori Online

Neelofa - Artis Sensasi Popular

Fattah Amin & Nur Fazura - Pasangan Serasi Drama Popular

Zul Ariffin & Fazura - Pasangan Serasi Filem Popular

Fatimah Omar Mukhlis - Personaliti Media Sosial

Arif Jiwa - Instafamous Cilik Popular

Pelakon TV Wanita Popular

Farah Nabilah
Fasha Sanda
Janna Nick
Neelofa
Nur Fazura

Pelakon TV Lelaki Popular

Ashraf Muslim
Fattah Amin
Remy Ishak
Syafiq Kyle
Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular

Ayda Jebat
Emma Maembong
Izara Aishah
Janna Nick
Nur Fazura

Pelakon Filem Lelaki Popular

Aaron Aziz
Jalil Hamid
Syamsul Yusof
Zizan Razak
Zul Ariffin

Anugerah Bintang Paling Popular


Wany Hasrita



TAHNIAH kepada semua pemenang .....!!!!

*serius tak sangka Wany Hasrita yang menang* Like Seriously ?? Oppss ! :p


SW Nexlo | Cara Untuk Menurunkan Berat dan Sekaligus Memutihkan Seluruh Badan

$
0
0
Assalamualaikum..

Hi korang ! Bertemu lagi kita di entri yang ini ye ? So macam mana korang sekarang ? Sihat ke ? Kalau sihat alhamdulillah... Kalau tak, banyakkan rehat, banyakkan minum air masak dan jangan lupa makan ubat tau ! hee~ Ok ! Sekarang ni, Lyssa nak share satu produk untuk sesiapa sahaja yang mahu turunkan berat badan sekaligus terus jadi putih ! Haaaaaa. Kira macam 2 in 1 lah nihh .. Agak-agak produk apa tu ye ? :D Sebab tu la, kalau nak tahu, korang kena stay di blog Lyssa dan baca entri ni sampai habis tau ?! (*amaran keras nih !*) hahahaha.

Ok ok ! Produk yang Lyssa nak perkenalkan itu adalah produk daripada SlimmeWhite. Tipu lah kalau kata korang tak pernah dengar dengan produk jenama ni kan ? Tambah-tambah yang betul-betul yang teringin nak turunkan berat badan dan putihkan seluruh badan. Macam sebelum ni, Lyssa ada review produk SlimmeWhite ini iaitu produk yang berbentukkan jus. JUS SW !!! Yeahh.. yang tu lah. Tapi kali ni lain sikit tau ! Haaa.. Nak tahu apa, baca lah sampai habis ! ehehe..





So, ini lah produk yang Lyssa nak perkenalkan kat orang ni. Apa lagi kalau bukan, SW Nexlo !!!! Tu haa, dah siap tertulis kat atas botol tu, kalau tak nampak juga, tak tahu lah kan ! HAHA !

Apa itu SW Nexlo ?




SWNexlo ini adalah minuman berperisa coffee dan coklat yang semestinya sedap dan sekaligus dapat memberikan efek kurus putih serentak! Ianya merupakan formula yang terbaik dari gabungan Garnicia Cambogia dan juga Mango Africa. Selain itu, SW Nexlo ini diperkayakan dengan vitamin C yang memberi kesan untuk menurunkan berat badan dan memutihkan seluruh badan di mana kesannya kita boleh nampak seawal 3 hari !


Apakah bahan yang terkandung dalam SW Nexlo ? 

Antara bahan yang terdapat dalam SW Nexlo ini adalah : 

1) Garcinia Cambogia - Ianya membantu untuk mengurangkan selera makan dan juga meningkatkan penggunaan tenaga dan menurunkan berat badan.

2) Mangga Afrika - Melindungi diri daripada mendapat kanser dan penyakit jantung, membaiki sistem penghadaman, menurunkan aras kolestrol dalam badan sekali gus dapat memperbaiki konsentrasi dan daya ingatan.

3) Astaxantin - Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mengawal obesiti dan merupakan agen semulajadi pencerahan dan pemutihan kulit.

4) Peptida Ovary Salmon - Mencerahkan kulit muka dan seluruh badan, menghapuskan jerawat dan kulit berminyak sekaligus dapat memperbaiki struktur kulit dan menghilangkan parut.

5) Asid Arkorbik (Vitamin C) - Membantu melindungi dan mengekalkan struktur darah kapilari salur, meningkatkan sistem pertahanan badan dan juga memberikan kesan terhadap antibakteria.

6) Ekstrak Senna - Membantu mengempiskan perut dan juga membuangkan toksin dan lemak dalam badan.

7) Fruktosa - Sumber tenaga dan lemak yang baik, pengawal tahap gula dan melancarkan proses metabolisme.


Apa kelebihan SW Nexlo ?



Sebenarnya kan, memang banyak gilaaaaaaaa kelebihan dan manfaat yang korang dapat jika korang amalkan untuk minum SW Nexlo by SlimmeWhite ni. Memang banyak sangat. Kalau nak tahu, jom baca kat bawah ni :

  • Membantu membakar lemak degil
  • Membantu mengawal selera makan
  • Membantu memberi sumber tenaga
  • Membantu mengawal tahap kolesterol dan gula dalam badan
  • Membantu mencegah jerawat dan kulit berminyak
  • Membantu mencerahkan dan melembapkan kulit
  • Memberikan kolagen sihat kepada kulit
  • Membantu memperbaiki struktur kulit
  • \Membantu memudarkan parut luka dan jerawat
  • Membantu menguatkan sistem imunisasi
  • Melancarkan sistem perkumuhan tanpa sembelit dan cirit birit
  • Sesuai untuk lelaki dan perempuan 15 tahun ke atas


Banyakkan ? Rugi lah kalau korang tak cuba ! Tapi, korang kena tahu juga, golongan mana pula yang tak sesuai dengan produk ni ...


Golongan Manakah Yang Tidak Sesuai Minum SW Nexlo ?

  • Wanita mengandung, berpantang dan menyusukan anak
  • Berumur kurang daripada 15 tahun
  • Pesakit jantung, darah tinggi, diabetis dan penyakit kronik yang memerlukan rawatan rapi

Bagaimanakah Cara Pengambilan SW Nexlo ?


Cara pengambilan SW Nexlo ni teramat lah mudah !


  • Bancuh bersama air suam 150 - 170 ml sebelum sarapan atau sebelum tidur.
  • 1 botol ada 15 sachet untuk 15 hari penggunaan sekiranya minum sehari sekali.

Thats it !!




Tapi, jika korang consume SW Nexlo, korang kena berPANTANG tau. Kebanyakan supplement mesti ada pantang larangnya kan ? hihi. So, apa pantang nya ?

PANTANG - Kafein selain Nexlo, alkohol, susu dan air kelapa kerana ia akan meneutralkan kesan.


Apakah Tindak Balas Jika Minum SW Nexlo ?

Jika korang amalkan produk SW Nexlo ni, korang akan dapat rasa lemak dan toksin akan keluar melalui peluh/kencing dan nasihat Lyssa, pastikan korang minum air kosong paling kurang 3 liter sehari iaitu 2 botol mineral besar. Korang akan dapat rasakan perbezaan seawal 3 hari. Kesannya bergantung pada individu mengikut tahap metabolisme badan dan hormon seseorang.

Lulus KKM !!NO RUJ KKM : 130618/06/106 dibawah pengkelasan makanan.


Testimoni Daripada Lyssa 


Dah hampir seminggu Lyssa cuba minum SW Nexlo ni. Terbukti ianya memang memberi kesan yang positif. Kalau macam dulu, Lyssa tak kerap keluar peluh, tapi sekarang ni selalu sangat berpeluh. Maknanya kesannya kita boleh nampak keluarnya toksin melalui peluh. And disebabkan minum nexlo ni juga, Lyssa kerap ke toilet. Mungkin Lyssa terlebih rajin minum air kosong lepas consume SW Nexlo ni. hehe. Kulit pun dan nampak makin cerah. Berat badan pun dan turun sekilo. Ye lah, baru beberapa hari dah menunjukkan kesan positif tu. Selera makan pun kurang dah sekarang, tapi takde lah tak makan langsung. Makan juga, cuma sekarang ni makan tak sebanyak macam sebelum-sebelum ni. hahahahah. Serius ok ! And kalau nak cerita bab rasa dia. Rasa dia memang SUMPAH SEDAP wehhh !! Memang betul-betul rasa Coffee and Chocolate ! Sedap and tak muak ! Lyssa sarankan, daripada korang order minuman nexlo kat kedai-kedai yang dah tentu2 tak dapat apa, baik la korang consume minum SW Nexlo ni. Untung-untung terus dapat menurunkan berat badan dan sekaligus dapat putihkan badan sekali. Best kan !!!! Ada siapa yang berminat tak ? ehemm .eheemm..

Sebelum tu, layan jap Lyssa membebel ! hikhik :p




Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh order terus dan dapatkannya daripada agent yang sah!



Terima kasih sudi baca :)

WAWA Skin Booster | Serum Yang Menjadikan Kulit Anda Cantik, Halus, Flawless dan Glowing

$
0
0
Assalamualaikum

Hai semua ! Sebelum Lyssa teruskan, Lyssa nak tanya dulu, korang ada masalah kulit muka ? Ye lah, contohnya macam masalah jerawat ke, atau parut jerawat, liang pori besar dan kulit kusam juga sunburn ? Entri kali ni, memang sangat sesuai bagi sesiapa yang nak cari produk yang boleh merawat kulit mereka supaya jadi cantik, flawless, glowing dan cerah ! 

Baru-baru ni, Lyssa ada cuba satu produk serum ni, sebab kebetulan pula serum muka Lyssa dah habis. Hari tu, ada juga kawan Lyssa yang syorkan produk ni sebab tu rasa teringin juga nak try ! Produk apa lah lagi kalau bukan Wawa Skin Booster Serum. Pendek kata, "Wawa Serum" ! Lyssa pasti, mesti ramai gila antara korang yang pernah dengar dengan Wawa Serum ni kan ? Mana tak nya, pengasas produk ni juga, bukan calang-calang orangnya. Seorang pelakon yang agak cantik daripada kalangan artis Malaysia, iaitu Wawa Zainal. Tipulah kalau korang tak kenal. Ala, isteri kepada Aeril Zafril tu. Mesti kenai kan ?! Haaa, so produk ni daripada Wawa Zainal lah :)

Ok ! Sekarang ni, Lyssa nak share kat korang apa itu wawa serum dan kelebihannya.

Apa itu Wawa Serum ?



Wawa Skin Booster a.k.a Wawa Serum ini adalah serum yang sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya merupakan 100% daripada bahan semulajadi dan paling penting tidak ada merkuri di dalamnya. Wawa Serum ini juga telah diuji di makmal dan sudah pun mendapat pengesahan daripada KKM. Jadi, ianya memang sangat selamat digunakan. Tak perlu risau okeh ?

Apa Kelebihan Wawa Serum ?

Sebenarnya, banyak gila kelebihan yang korang akan dapat bila korang pakai Wawa Serum ni tau ! Memang best !! So apa kelebihan dia ?

1. Memperbaiki sel-sel kulit mati
2. Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata
3. Membantu mencerahkan kulit (sangat sesuai untuk kulit yang sunburn)
4. Membantu untuk melembapkan dan menganjalkan kulit
5. Membantu memudarkan parut jerawat / pigmentasi kulit
6. Mengecutkan jerawat seawal 2-3 hari
7. Mengecilkan liang pori terbuka
8. Anti-aging

Bila tengok pada kelebihan yang ada, mesti korang pun tak percayakan ? Lyssa pun dulu macam tu, awal-awal tu macam tak percaya. "Ntah betul ke tidak.." Sampai lah satu hari, Lyssa nampak kulit kawan Lyssa tu, makin lama makin berseri dan flawless, tanya dia apa rahsia nya.. Dia kata cuba produk Wawa Serum ni. Dah dengar macam tu, lagi menggedik lah Lyssa nak cuba produk ni. Dah la lama juga serum Lyssa dah habis ! Ternyata, tak menyesal lepas Lyssa guna produk ni ! Memang betul-betul best ! Kejap lagi, kat bawah siket, Lyssa cerita kenapa Lyssa suka dengan Skin Booster Wawa Serum ni ye. Baca sampai habis tau !

Cara Penggunaan Wawa Serum

Cara nak guna serum ni, simple je !

Selepas korang dah cuci muka dengan pencuci muka, picit sedikit serum dan sapukan perlahan-lahan ke muka korang dan leher sampai dia serap ke kulit sepenuhnya.

Lepas tu, korang boleh la terus apply krim muka atau make up kat muka korang tu. Mudah sangat kan ? hehehe. Lepas ni, dah boleh dapat kulit cantik macam Wawa Zainal dah.. hikhik.

Jom tengok kejap video Lyssa membebel nih :D




Apakah Bahan Yang Terkandung Dalam Skin Booster Wawa Serum ?


  • Pomegranate seed
  • Lavender essence
  • Gold dust
  • Cucumber
  • Aloe Vera
Bahan yang sedikit, tapi efek dia KEBAABOOM !! Kalau tak percaya, korang boleh cuba ! :D

Testimonial Daripada Lyssa Sendiri 



Ok ! Tak sabarnya Lyssa nak cerita kat korang kenapa Lyssa suka sangat pakai Wawa Serum nih ! Ini testimoni yang Lyssa sendiri yang nak share pada korang. Kalau korang nak tahu, sebelum ni kulit Lyssa agak sunburn sedikit, dan liang pori pun ada juga nampak di pipi dan hidung Lyssa. Lyssa dapat tahu produk ni pun daripada kawan Lyssa, sebab dia pun guna Wawa Serum ni juga. Lyssa ada nampak perubahan daripada kulit sebelum dan selepas dia pakai serum ni, memang nampak ketara perubahannya, sampai Lyssa pun tergedik-gedik nak cuba juga! Masa nak cuba pakai serum ni, Lyssa try picit sedikit kat tangan sebab nak bau, serum ni bau apa. Ya Allah ! Sumpah tak tipu, serum ni punya bau, punyaaaaalahhh WANGI !!! Macam bau perfume Coco Chanel tu haa. haha! Bilaa cuba apply kat muka, rasa segar je disebabkan bau wangi tu... Perlahan-lahan Lyssa usap pada kulit muka Lyssa ni, rasa sejukkkk je muka dan serum ni, memang sangat cepat serap ke kulit kita.. Yang penting, tak melekit langsung ! Lagi pula, waktu tu, ada macam biji jerawat kecik2 kat pipi Lyssa ni, Lyssa titikkan juga serum ni kat jerawat kecik tu, punya la terkejut sebab dalam 2 3 hari macam tu, terus kecut jadi jerawat tu ! hahaha. And i'm so speechless ! hahahaa. Memang betul la orang kata, serum ni boleh mengecutkan jerawat sekaligus boleh mencerahkan kulit muka juga ! Sangat-sangat recommended untuk korang cuba juga serum ni !


Berapa Harga Wawa Serum Ini ?

Harga Wawa Serum

1 Botol : RM59 sahaja !


Jika berminat dan ingin tahu maklumat lanjut, boleh ke :




Terima Kasih Sudi Baca ~

Surya Chlorophyll | Minuman Harian Untuk Mencerahkan Kulit dan Membersihkan Dalaman

$
0
0
Assalamualaikum.

Hi korang semua.. Sihat ke idok ? hehe. Alhamdulillah, Lyssa pun sihat juga. Tapi sekarang ni, bosan dok rumah je sebab baru je lepas habis praktikal. So, berblog sahaja lah kerja kita ye. hihi. Ok ! Ok ! Korang, Lyssa nak story something kat korang ni. Baru-baru ni kan, Lyssa ada cuba satu produk minuman ni tau. Korang ada pernah dengar tak dengan Surya Chlorophyll ? Apa dia ? Tak pernah ? Serius ahh ! Haaa.. Ok takpe. Kalau siapa yang tak pernah dengar tu, meh sini Lyssa cerita apa itu Surya Chlorophyll.

Apa itu Surya Chlorophyll ?



Surya Chlorophyll adalah minuman campuran botani yang didatangi dengan dua perisa iaitu Laici dan juga Peach. Minuman ini merupakan perisa baru yang tiada bahan pengawet dan juga telah disahkan sijil Halal/GMP/HACPP/BioNexus. Surya Chlorophyll ini diekstrak daripada daun Mulberi yang dikenal bebas dari racun perosak. Daun Mulberi putih dipilih kerana ia adalah sumber yang kaya dengan klorofil, nutrient ia lebih stabil dan mudah diserap oleh badan. Chlorophyll ini juga merupakan alkali semujadi, sangat sesuai untuk pembersihan dalaman yang akan menolong kulit kita jadi lebih cerah, sihat dan bebas daripada jerawat.Selain itu, untuk pengetahuan korang,  klorofil adalah PIGMEN yang dijadikan daripada tumbuhan hijau.

Bagi yang tak tahu apa itu klorofil, KLOROFIL adalah kelompok pigmen fotosintesis yang terdapat dalam tumbuhan, menyerap cahaya merah, biru dan ungu, serta merefleksikan cahaya hijau yang menyebabkan tumbuhan memperoleh ciri warnanya. Terdapat dalam kloroplas dan memanfaatkan cahaya yang diserap sebagai energi untuk reaksi-reaksi cahaya dalam proses fotosintesis.

Apakah Kandungan atau Bahan Surya Chlorophyll ?

Air, Laici/Peach, Epal dan Klorofil dan juga mempunyai bahan pengawet yang dibenarkan.


Apakah Kebaikan atau Manfaat Surya Chlorophyll ?


1) Antioksidan yang tinggi - Membantu meneutralkan toksin dalam darah kita.
2) Purify 'darah' (Meningkatkan hemogoblin  & sel darah merah).
3) Membantu meningkatkan kesihatan kulit yang lebih baik- Baik untuk kulit jerawat & kusam.
4) Deodarant semulajadi - Membantu mengatasi masalah mulut berbau/badan berbau.
5) Baik untuk detox hati.
6) Membantu mengawal selera makan dan masalah penghadaman.
7) Salah satu superfood yang kaya dengan multivitamin dan mineral.


Siapa Yang Patut Minum Surya Chlorophyll ?



  •  Penggemar kecantikan
  • Orang yang mencari penyelesaian masalah kulit semualajadi
  • Individu yang ada masalah jerawat
  • Individu yang kurang makan sayur
  • Individu yang ada masalah bau badan dan bau nafas
  • Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun dan ke atas

Cara Pengambilan Surya Chlorophyll 

Caranya mudah sahaja !

1) Campurkan 25ml minuman ini dengan 125ml air suam atau air masak biasa.
2) Kacau dan minum begitu sahaja. 

Mudah kan ? Haaa ! Kalau tak faham, jom tengok VIDEO LYSSA kat bawah ni :




Testimoni Daripada Lyssa Sendiri


Sejujurnya Lyssa cakap, Lyssa memang suka dengan Minuman Surya Chlorophyll berperisa Laici ini. Sangat mudah dibancuh dan minum! Hanya campurkan dengan air masak dan terus minum. Mudah! Lagipun, tak tahu la pembaca Lyssa ni tahu ke tak, yang Lyssa ni sejenis yang tak berapa nak makan sayur. Kalau order makanan kat kedai pun, mesti akan cakap, "Sayur tak nak ye"... haaa, nampak sangat minuman ni sangat sesuai dengan Lyssa kan ? hihi ! Lyssa tahu, ramai pembaca blog Lyssa ni juga tak berapa sangat gemar dengan sayur kan ? haha ! Boleh cuba Surya Chlorophyll, confirm tak menyesal ! Dia rasa macam nak kata manis, tak manis sangat, nak kata tawar, tak berapa nak tawar sangat. Ok ok je ! Kena lah dengan tekak Lyssa. Serius! Memang akan ada juga rasa Laici tu. Nanti dan habis nanti yang ini, Lyssa nak repeat lagi yang perisa Peach pulak ! Tak sabarnyaa ! agagahahahaahha.... *gelak jahat!*

Kat Mana Nak Beli Surya Chlorophyll ?

Ok, bagi sesiapa yang nak beli dan nak cuba Surya Chlorophyll ni, korang boleh dapatinya di Watsons atau pun, kalau nak beli online, boleh beli dia www.mynaturaloption.com. Kalau macam Lyssa, Lyssa lebih senang beli kat Watsons, sebab memang selalu pergi Watsons. So alang-alang, terus je beli kat situ. Harga dia tak sampai RM50 pun. Sangat recommended ok!



Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke :


#RasaSayang #KulitBerseri #SuryaMalaysia


Terima Kasih Sudi Baca :)

Kulit Cantik dan Sihat dengan Cosera Berries Ceramide Drink

$
0
0
Assalamualaikum..

Apabila bercakap mengenai wanita, satu perkara yang tak dapat dipisahkan adalah kecantikan. Kesemuanya mahu kelihatan berseri-seri, jelita, dan sangat menginginkan kulit yang cantik dan sihat! Ada beberapa tips yang Lyssa ingin kongsi, untuk mendapatkan kecantikan dalaman dan luaran :

1. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari 
2. Makan banyak buah 
3. Tidur kena cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari 
4. Jangan lupa basuh muka setiap hari 
5. Amalkan minuman kecantikan Cosera Berries Ceramide Drink


Cosera Berries Ceramide Drink ini adalah air minuman kecantikan yang sangat sedap, diperkayakan dengan antioksidan yang tinggi merangkumi campuran beri, kolagen dan juga seramid yis. Minuman ini penuh dengan kebaikan dan semestinya amat sedap!

Tapi korang tahu ke, apa itu Ceramide ? Kalau tak tahu, ceramide itu adalah sebahagian daripada halangan kulit, ianya sejenis lipid untuk membentuk satu bahagian dalam salah satu lapisan kulit. Kehilangan kulit ceramide menyebabkan kulit yang menua telap kepada lembapan, menjadikan kulit kering, kering, kasar dan gatal. Kehilangan ceramide juga penyumbang utama kepada kedut. So, sekarang korang dan tahu ceramide tu apa kan ? Jadi, korang dah boleh “say bye-ye” kepada kulit kering dengan adanya COSERA Berries Ceramide Drink ! Ia memberikan penghidratan berterusan dan menyegarkan nyahhidrat kulit. Keberkesanankan minuman kecantikan ini berjalan dengan baiknya bukan sahaja untuk kulit wajah, tetapi juga untuk seluruh badan.

Apakah Bahan Yang Terkandung Dalam COSERA Berries Ceramide Drink ? 

Campuran Berries (Bluberry, Strawberry, Bilberry, Blackberry), Fructooligosaccharides, Collagen, Premixed Enzyme (Amylase, Bromelain, Cellulase, Diastase, Invertase, Lactase, Lipase, Pectinase, Protease), Yeast Ceramide dan Stevia. 

Paling penting, COSERA Berries Ceramide Drink ini :

• Tiada preservative 
• Tiada bahan kimia 
• Tiada hormone 
• Tiada gula tambahan 
• Tiada perasa tiruan 
• Tiada pewarna tiruan



Manfaat dan Kebaikan COSERA Berries Ceramide Drink 

Sebenarnya, banyak kelebihan dan kebaikan yang boleh korang dapat kalau korang consume minuman Cosera Berries Ceramide ini. Antara kebaikannya adalah :

Mengandungi vitamin A dan E yang tinggi– menggalakkan kadar tukar ganti sel, mencantikkan kulit, mencerahkan dan sekatakan tona kulit. 
Antioksidan yang tinggi – melindungi kulit daripada radikal bebas dan membantu melawan tanda penuaan. 
Kaya dengan anthocyanin– memperbaiki kulit yang rosak, kering dan berkedut. 
Mempunyai vitamin C– bagus untuk mencerahkan kulit dan mengekalkan kulit yang sihat. 
Bagus untuk penglihatan, sistem imunisasi dan kesihatan umum. 
✓ Mengurangkan pengeluaran melanin, dan membantu mencerahkan kulit. 
Kolagen– Menjadikan kulit kelihatan ‘glowing’ dan bertenaga dan juga tingkatkan keanjalan kulit, mengurangkan kedutan dan meningkatkan kelembapan kulit


Siapa yang boleh minum Cosera Berries Ceramide Drink ?

Sebenarnya, produk ini memang sangat sesuai untuk semua orang yang mahukan kulit yang cantik dan sihat. Tak kiralah, untuk yang adalah masalah kulit ke, atau pun jika tiada masalah kulit, kalau nak consume pun boleh sahaja. Pendek kata, memang sesuai untuk semua jenis kulit ! hehe.. Minuman Cosera Berries Ceramide ini bukan sahaja untuk wanita tau, lelaki pun boleh juga untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat! :D



Cara Penggunaan Cosera Berries Ceramide

 Ok, dalam satu kotak ini mengandungi 15 sachet. Cara nak hidangkannya mudah sahaja.

1. Ambil satu sachet dan masukkan ke dalam cawan 
2. Tambah 180 – 200 ml (atau lebih) air 
3. Kacau hingga rata dan minum !


Mudah kan ? Semudah ABC, dah boleh dapat kulit yang cantik ! 

Unutk penyerapan yang maksima, lagi elok kalau korang consume Cosera Berries Ceramide Drink pada pagi sebelum sarapan ataupun sebelum tidur.


Testimonial Lyssa Sendiri


Lyssa dah minum minuman Cosera Berries Ceramide ini dah lebih kurang seminggu lebih dah. Ada lagi bagi 6 sachet kat Lyssa ni haa.. Apa yang Lyssa nampak perubahan yang sangat ketara adalah, kulit Lyssa dah tak kering dan sentiasa lembap. Lyssa ingat lagi, before ni, bangun tidur je mesti kulit kering.. Bukan takat muka, tangan dan kaki pun kering je. Padahal dah minum air banyak sangat dah sehari! Tapi, lepas sahaja Lyssa consume Cosera Berries Ceramide Drink ni, kulit Lyssa dah makin lembap! Kulit kering pun dah tiada. Best sangat ! Rasa minuman ini pun sedap sangat ! Rasa macam masam masam manis gituu.. Ye lah, minuman ni kan campuran beri, mestilah ada rasa masamnya tu… hihi! Apa yang penting, Lyssa sangat puas hati dengan produk Cosera Berries Ceramide Drink ni ! Highly recommended! :)

Ok. untuk info lanjut, korang boleh ke :--

Instagram : @genlife.my 

#cosera #genlife #genlife4u #berriesceramidedrink #ceramide #beautydrink #keytohydration #yeastceramide


Terima kasih sudi baca :D

Tutorial : Cara Upload Video dan Gambar di Instagram Menggunakan PC atau Laptop

$
0
0
Asslamualaikum..

Hi korang ! Lyssa muncul kembali dengan satu tutorial. Sorry lah ! Dah lama gila tak update tutorial. HAHA ! Tutorial blog pun lama dah tak update sebab sekarang ni dah macam tak ramai ek blogger kat luar sana yang suka menggodek coding. Zaman mudah. Bayar je siapa2 untuk create blog. Settle. Tak macam zaman dulu-dulu blogging. Semua blogger kira macam rajin gila kot, godek hias blog ikut citarasa  tersendiri. kan kan ? :D

Tutorial kali ni, Lyssa nak share pada korang Cara Untuk Upload Video dan Gambar di Instagram Menggunakan PC atau Laptop. Bagi siapa yang berminat nak tahu, boleh terus baca sampai habis okey ? Lyssa kasi simple, slow and steady. Eh boleh gitu ? wahahha. Ok ok dah ! Jom mula...


1. Buka Google Chrome. (please buka guna google chrome, browser yang lain Lyssa tak pasti boleh ke tidak kalau guna cara ini.)

2. Taip www.instagram.com

3. Pastikan korang LOG IN terlebih dahulu account instagram korang.

4. Dan akan keluar HOME page instagram korang macam ni kan..


5. Kemudian, tekan RIGHT-CLICK pada mana-mana bahagian kosong di IG. Then, tekan Inspect. Contoh macam kat bawah ni :





.. ataupun kalau nak lebih mudah, tekan CTRL+SHIFT+I serentak !

6. Dan ia akan keluar lebih kurang macam ni. Ada coding di sebelah kanan.




7. Abaikan coding tu, tapi di sebelah kanan bahagian atas, korang akan ada nampak simbol lebih kurang macam ni, (Toogle Device Toolbar). Klik ia dan korang akan nampak button untuk upload video/gambar korang di instagram.




Mudah sangat kan ? :) 

Sekarang ni, korang dah boleh terus upload video berat-berat korang tu guna PC or laptop je kan.
HAHA ! Lyssa baru dapat tahu, and Lyssa pun cepat-cepat nak share pada follower kesayangan Lyssa ni. hihi.. Sharing is Caring right ? :D

Harap tutorial kali ni membantu korang lah yer. Selamat mencuba!
*muahciked!

TerimaKasihSudiBaca :D

Viewing all 311 articles
Browse latest View live